Pakaian tradisional Murut

[6]

Pakaian wanita

Pinongkolo

Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.[7]

Pipirot

Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.

Salupai

Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.

Sinikot

Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.

Rarangkol

Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.

Holong

Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.

Pakaian lelaki

Babaru puputul [8]

Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.

Aba puputul

Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang.[9]

Tupi'sinulatan

Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.[10]

Motif

Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut:[6]

  • Sinusu'Bulu burung merak.
  • InimburuCorak berbentuk lintah.
  • InakaangDaun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan.
  • Sinuli Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
  • Kalayam manukCorak berbentuk kaki ayam.
  • SinusulouCorak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
  • Mato nu orouCorak berbentuk matahari.

Rujukan

WikiPedia: Murut http://budayapakaiandimalaysia.blogspot.com/2010/0... http://marinamikat.blogspot.com/2009/07/kaum-murut... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duniaun... http://books.google.com.my/books?id=FW7a2pG_pbkC&p... http://books.google.com.my/books?id=MHVbz8SE6FQC&p... http://books.google.com.my/books?id=gwxkABKfwwAC&p... http://www.hotelreservation.com.my/hotel/sabah/cul... http://www.sabah.edu.my/itsr039/Murut.htm http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/home/473-pa... http://web.archive.org/web/20130412233539/http://s...